Wednesday, January 9, 2008

Awal Muharram 1429 Hijriah


Salam Muharram 1429 Hijriah...semoga tahun yg mendatang dpt kita tempuhi dalam penuh ketakwaan dan keimanan,sesungguhnya kita manusia hanya insan kerdil dan tidak berdaya,dan hanya keampunan dan kereedhaan yang dipinta dariNya,Tuhan Yang Maha Kaya.

Doa awal Muharram..


Maksudnya:Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan Awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekatkan diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan iaitu Allah SWT.